suria

“Itu zaman jahil”… Selepas kahwin Harris Anuar mula jaga batas, elak bersentuhan dengan pelakon wanita

PELAKON Harris Annuar memberitahu isterinya iaitu Asha Merican mengidam mahu bermain lato-lato dan bau simen semasa sarat mengandung anak sulung mereka.

Kata Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 30, sewaktu di awal kehamilan, Asha mempunyai alahan tidak boleh mendengar seseorang menyanyikan lagu Melayu.

“Mungkin ada yang tak tahu masa majlis persandingan saya... bila buat sebelah perempuan waktu tu isteri saya dah mengandung tiga bulan.

“Semasa tengah bersanding atas pelamin kalau isteri saya dengar orang nyanyi lagu Melayu dia akan muntah sebab alahan.

“Jadi dia terpaksa lari pergi ke tandas semata-mata untuk muntah dan saya terpaksa tinggal atas pelamin tu seorang diri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Harris juga sempat mengulas mengenai babak menyentuh pelakon wanita dalam filem lakonan pertamanya iaitu Pulau.

“Masa tu mungkin zaman saya belum berhijrah mungkin zaman jahil saya.

“Tapi selepas saya berkahwin saya memang sudah jaga batas dalam berlakon,” ujarnya.

Selain Harris, filem Pulau turut dibintangi oleh Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Sabronzo dan Ms Puiyi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi