suria

Tiada lagi ‘content’ bersama, Bibi Qairina jelaskan status dengan Asyraf Rozami… “Orang ingat kami bercinta”

PENYANYI Bibi Qairina memberitahu hubungannya dengan personaliti media sosial Asyraf Rozami masih baik seperti dahulu meskipun jarang dilihat bersama.

Kata Bibi atau nama sebenar Bibi Nur Qhairina Abu Bakar, kesibukkan kerja menyebabkan mereka jarang berjumpa.

“Daripada dulu kami memang tak pernah kata kami bercinta atau tidak, tapi mungkin ramai ingat kami ni bercinta.

“Sekarang memang kami tak buat content video sekali sebabkan kami ada kerja masing-masing yang perlu diutamakan.

“Tambah pula saya tiada masa sebab banyak perkara perlu dilakukan tapi kalau cakap fasal status kami masih berkawan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Bibi kini sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Cinta Dusta.

Kata Bibi, lagu itu menceritakan pengalaman sama yang pernah terjadi pada dirinya sebelum ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi