suria

“Nampak gah atas pentas tapi sebenarnya…” - Lah Ahmad buka cerita zaman susah, terpaksa korek duit beli susu anak

PERNAH melalui zaman kejatuhan dan hidup susah, penyanyi Lah Ahmad bersyukur dikurniakan isteri memahami sentiasa menyokong di belakang.

Kata Lah atau Abdullah bin Ahmad, 43, isterinya yang memberi sokongan semasa dia tidak mempunyai apa-apa persembahan untuk menambah pendapatan keluarga.

“Kerjaya sebagai pemuzik tak selalunya indah macam orang nampak, syukur isteri saya sangat memahami... nak jumpa macam itu susah.

“Ketika ujian itu, isteri saya bekerja jadi dialah yang banyak menyokong saya.

“Sekarang dia duduk rumah saya pula bekerja... Alhamdulillah diberikan rezeki untuk jaga keluarga saya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Lah mengagumi artis veteran yang tidak menunjukkan kesusahan hidup mereka.

“Saya respect dengan mereka tak pernah nampak pun kesusahan mereka,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi