suria

Netizen bandingkan vokal Misha Omar dengan Marsha… “Saya hormat pendapat awak”

PENYANYI Misha Omar memberitahu tidak berkecil hati apabila nyanyian duetnya bersama Marsha Milan di Gempak Most Wanted Awards minggu lalu menerima kritikan netizen.

Ada netizen memberikan komen kononnya nyanyian Misha Omar ditenggelamkan oleh Marsha sewaktu persembahan itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 41, meminta orang ramai tidak membuat perbandingan cara nyanyian dirinya dengan Marsha kerana kedua-duanya mempunyai kelainan tersendiri.

“Kalau kita baca komen tu, itu kita hormat pandangan orang tersebut kalau nak menidak pun tak boleh... jadi kita buat tak tahu saja la komen tersebut.

“Orang suka, orang benci, orang sayang, orang kutuk, orang puji jadi kita raikan saja dan terima kasih sebab paling tidak mereka memberikan perhatian.

“Di usia begini kematangan telah tiba jadi tak mahu mudah marah atau sedih,” kata Misha kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi