suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penonton menangis dengar OST ‘Imaginur’… Amir Jahari cerita di sebalik maksud lagu ‘Hasrat’

PENYANYI Amir Jahari memberitahu lagu tema filem Imaginur berjudul Hasrat dihasilkan bertujuan untuk mencipta suasana sedih kepada penonton dan pendengar.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Jahari, 31, berkata ilham untuk menghasilkan lagu ini muncul setelah mendapat tahu bapanya menghidap kanser sewaktu pandemik Covid-19.

“Ilham asal Hasrat adalah daripada sinopsis dan waktu tu kami tidak tahu Imaginur ni cerita dia macam mana, daripada sinopsis tu saya cuba buat dan bayangkan bagaimana lagu tersebut.

“Alhamdulilah lagu tersebut siap dalam masa singkat tapi filem ini belum pun mula penggambaran lagi, skrip pun tak buat lagi... selepas filem ini siap dan ditayangkan baru faham setelah tiga tahun filem itu dihasilkan.

“Ramai yang rasa sedih bila dengar lagu ni sebab sebenarnya saya hasil lagu ni juga sewaktu dapat berita bapa sakit kanser dan waktu tu tak boleh pulang ke kampung,” kata Amir kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi