suria

Takut terpalit kontroversi… Ramona Zamzam bukan jenis ‘gila glamor’, jaga status isteri

PELAKON Ramona Zamzam bersyukur kerana bebas daripada sebarang kontroversi atau cerita panas sepanjang 17 tahun terbabit dalam industri hiburan.

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Zamzam, 33, berkata dia memilih untuk tidak terpalit kontroversi kerana ingin menjaga maruah serta statusnya sebagai seorang ibu dan isteri.

“Selesa sangat kehidupan sekarang bila bebas kontroversi dan saya faham zaman sosial media di mana semua orang dahagakan cerita kontroversi untuk yang gila glamour atau cipta kontoversi untuk naikkan nama, macam saya bukan daripada kategori itu.

“Ramona percaya dengan rezeki tuhan daripada awal kemunculan lagi, saya percaya pada niat dan kalau niat itu betul nak cari rezeki percaya la Allah akan berikan macam-macam.

“Kalau boleh saya memang tak mahu kontroversi ni sebab takut orang lupa yang Ramona ni isteri orang dan mak orang, saya tidak mahu letakkan tanggapan orang terhadap artis ni suka buat kontroversi... tambahan pula dengan kes Syamsul serta Hafiz lagi jadi saya tidak mahu dalam golongan itu,” kata Ramona kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi