suria

Sempoi betul Harry Khalifah! Tak letak syarat bakal menantu tapi biarlah Chombi cukup umur dulu

DALAM diam-diam, rupanya ramai peminat yang cuba nasib nak berkenalan dengan anak perempuan Harry Khalifah iaitu Chombi.

Tapi tak semudah itu tau nak berkenalan dengan Chombi, kata Harry atau lebih mesra disapa Apak, dia hanya akan membenarkan anaknya bercinta selepas berumur 18 tahun.

Malah, dia tidak meletakan sebarang syarat khusus untuk menjadi menantunya, namun berharap agar anaknya itu dipertemukan dengan bakal suami yang baik dan bertanggungjawab.

“Saya ni jenis ayah yang tidak kisah dan tidak pernah berkira dengan sesiapa, untuk Chombi ni rasanya awal lagi sebab dia masih berumur 15 tahun... lagipun dia masih lagi dalam jagaan ibu dan ayahnya.

“Rasanya untuk lepaskan Chombi untuk ada pasangan ini belum boleh lagi, kalau boleh biarlah umurnya 20 tahun ke atas.

“Saya tidak kisah siapa pun bakal menantu, kaya atau miskin pun saya terima janji dia boleh menjaga serta pimpin anak saya ke jalan yang lurus,” kata Apak kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi