suria

“Kalau toreh darah pun tetap BN” - Azlee Senario gigih bantu kempen PRU15, seru rakyat keluar mengundi

PELAWAK Azlee Senario tidak melepaskan peluang turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Menyedari pentingnya kerajaan yang stabil, Azlee atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar, 55, menyeru orang ramai keluar mengundi pada Sabtu ini.

“PRU kali ini memang agak mencabar dan abang turun padang serta membantu sebab abang ingin membantu parti yang asal usul nenek moyang perjuangkan selama ini.

“Betullah kita popular dan senang meraih undi tetapi persoalannya mampukah kita memimpin negara? Boleh ke bahagikan masa untuk bersama dengan rakyat... bagi abang biarlah orang yang arif sahaja melaksanakan tugas itu, tapi kalau rasa nak politik juga kena pilih salah satu saja kerana ia tanggungjawab yang berat untuk menjaga rakyat.

”Fikirlah masak-masak, 19 November ni semakin hampir dan jangan lupa jalankan tanggungjawab anda untuk keluar mengundi... pilih parti yang boleh stabilkan negara dan hanya anda yang dapat tentukannya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi