suria

Rezeki Ryan Bakery mencurah-curah, bakal bergelar pelakon filem… Jawab dakwaan sudah berubah sikap!

SELEPAS mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober lalu, personaliti media sosial iaitu Ryan Bakery memberitahu kehidupannya kini lebih bahagia dan teratur.

Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, berkata walaupun sudah bergelar suami, ia bukanlah penghalang untuk dia meneruskan pekerjaan sebagai content creator.

Malah, Ryan mengakui rezekinya semakin bertambah selepas mendirikan rumah tangga.

“Kehidupan sekarang ini alhamdulilah sebab kalau dulu saya pergi mana-mana seorang saja tapi kini tidak lagi sebab ada isteri yang sentiasa menemani saya tapi tiada apa pun yang berubah cuma itu saja.

“Alhamdulilah rezeki semakin bertambah-tambah sekarang ni, ramai yang berikan tawaran pekerjaan berlakon buat saya dan banyak lagi tawaran lain.

“Ramai yang kenal saya menerusi content parodi di tiktok kan jadi sampai sekarang pun permintaan memang tinggi... saya akan teruskan buat content tersebut tapi kalau sibuk sangat mungkin akan rehat seketika,” katanya kepada mStar.

Ryan Bakery telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan, Elyia Ibrahim pada 1 Oktober lalu.

Dalam pekermbangan lain Ryan baharu saja selesai penggambaran filem Horror Thriller yang akan ditayangkan pada March 2023.

“Alhamdulilah sekarang ini saya sudah ke industri perfileman dan sekarang ini baru saja lepas shooting untuk sebuah filem pertama buat saya akan ditayangkan di Netflix pada tahun depan,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi