suria

[V] Wani Kayrie hati-hati pilih kekasih, tak mahu lelaki terlalu serius… Jadikan Aeril Zafrel, Wawa Zainal inspirasi dalam perhubungan

PENYANYI Wani Kayrie kini lebih berhati-hati memilih teman lelaki selepas melalui fasa kegagalan dalam cinta sebelum ini.

Bimbang dipertemukan dengan lelaki yang tidak memahami kerjayanya, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 22, berkata buat masa ini dia lebih selesa hidup sendiri tanpa teman lelaki.

"Bukanlah serik bercinta, saya pun masih muda lagi. Cuma sekarang ini lebih berjaga-jaga memilih pasangan. Kalau ada yang serius, saya tidak mahu kerjaya jatuh. Biarlah dapat yang sama-sama memberi sokongan dan tidak terlalu cemburu.

wani k2

Wani harap bertemu lelaki yang memahami.

"Sekarang saya happy hidup single. Apa yang telah terjadi sebelum ini membuatkan saya memilih untuk selesa tidak bercinta sebab hanya fikirkan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan pendidikan," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Wani pernah dikatakan bercinta dengan penyanyi Afieq Shazwan namun hubungan tersebut berakhir hujung tahun lalu.

Menjadikan pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sebagai inspirasi dalam perhubungan, Wani berkata dia suka melihat pasangan selebriti itu saling menyokong antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaga macam burung hantu siapkan ‘assignment’, Wany Kayrie bangga dapat keputusan cemerlang lagi biarpun sibuk kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Padam kenangan dengan bekas kekasih, Afieq Shazwan nekad bakar surat cinta - “Bertahun saya simpan tapi janji dimungkiri”

Dalam pada itu, Wani juga mendedahkan ada lelaki yang cuba mendekatinya, namun dia mengakui belum bersedia membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi.

"Saya suka lihat Wawa dan Aeril. Mereka saling memberi sokongan antara satu sama lain. Apa sahaja yang dibuat akan dilakukan bersama.

Biarlah dapat yang sama-sama memberi sokongan dan tidak terlalu cemburu

WANI KAYRIE

PENYANYI

"Ada sahaja lelaki yang cuba dekat, tetapi saya belum berani untuk bercinta. Pernah kenal dengan seorang yang terlalu serius sehingga saya rasa tidak sesuai sebab saya mudah ketawa," ujarnya.

Sementara itu, Wani juga diminta mengulas nyanyiannya semasa menyampaikan lagu Gerimis Mengundang di Anugerah Seri Angkasa 2022 baru-baru ini.

wani k 3

Persembahan Wani di ASA2022 baru-baru ini mendapat kritikan penonton.

Segelintir memberi pendapat konsep susunan muzik yang dibawakan oleh Wani pada malam tersebut telah merosakkan keindahan lagu nyanyian asal kumpulan Slam itu.

"Susunan muzik sebegitu adalah tanggungjawab yang telah diberikan oleh pihak penerbit. Pada awalnya saya sendiri mahukan ia disampaikan dalam muzik asal kerana takut mengundang kecaman.

"Namun demi memenuhi permintaan mereka, saya ikutkan sahaja. Sebagai penyanyi saya sudah menyampaikan lagu tersebut dengan baik," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain