suria

Mamat ‘ngam’ dengan Amir, mengaku tak boleh lupa Sepah… Terbayang Shuib atas pentas

SETELAH sekian lama menyepi daripada pentas komedi, pelawak Mamat Sepah mengakui namanya dalam industri hiburan tidak lagi popular berbanding dahulu.

Kata Mamat atau nama sebenar Mohd Noor Murad, 37, keputusan untuk memperlahankan kariernya sebelum ini kerana ingin fokus bidang lain serta tidak menemui gandingan serasi seperti ahli kumpulannya dahulu iaitu Jep dan Shuib.

“Dua tahun lepas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya kurang terlibat dalam program komedi TV.

“Ini kerana saya sibuk dengan dunia permotoran, banyak juga cabang lain yang saya dah cuba untuk jadikan duit tepi.

“Tapi bila ada rancangan komedi terbaharu saya cuba masuk dengan Amir Raja lawak dan alhamdulilah tak sangka penerimaan peminat sangat tinggi untuk lihat saya comeback, mungkin saya akan teruskan selepas ini.

“Saya tidak minta untuk kejar popularitinya kerana dalam industri saya masih ada, cuma keinginan untuk sertai program lawak belum ada kerana tidak menjumpai gandingan yang serasi seperti Jep dan Shuib,” katanyakepada mStar.

Terbaharu, Mamat Sepat bergandingan dengan Amir Raja Lawak dan menyertai rancangan Alumni Raja Lawak di Awesome TV.

Mamat dan Amir dinobatkan sebagai juara semasa pentas mingguan Alumni Raja Lawak yang berlangsung pada 19 Oktober lalu dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi