suria

Da’i Annas minta jangan layan trend solat jemaah ‘online’, minta remaja mabuk cinta bertaubat

SOLAT berjemaah secara online nampaknya kini menjadi trend content anak muda di media sosial.

Da’i Annas atau Mohd Annas Khamis, 30, berpendapat perkara sebegini tidak perlu dilayan kerana ia sekadar gurauan mereka yang mahu mendapatkan perhatian.

”Biasa kita dengar sedekah online wakaf online tapi kalau sembahyang online ni mungkin dia orang kata dalam keadaan mabuk cinta,

“Peliklah kita tengok ni satu perkara yang kita kata jangan layanlah budak-budak ni mungkin nak bergurau je kita pun tak tahukan mungkin dia nak content dan sebagainya,

“Saya nasihatkan adik-adik ni bertaubat, jangan main-mainkan agama,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Annas sempat memberi pesanan kepada orang ramai yang ingin mencari ilmu pastikan berguru dengan orang yang betul.

“Saya nak nasihat pada diri saya dan juga adik-adik sekalian tolong hati-hati bertanyalah kepada ahlinya terutama dalam bab agama,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi