suria

Kejadian dibawa ke tempat gelap ketika naik e-hailing, Tajul terus belikan isteri kereta

KEJADIAN pahit dibawa ke tempat gelap oleh pemandu e-hailing menbuatkan isteri penyanyi Tajul iaitu Nurul Shamieza Eddie berasa trauma untuk menggunakan perkhidmatan itu lagi.

Justeru itu, Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md. Shari berkata, dia sudah membelikan sebuah kereta untuk isterinya bagi kegunaan harian.

“Fasal isteri saya tu memang terkejut sebab masa tu saya sibuk dan tiba-tiba dapat panggilan dari isteri... dia menangis.

“Isteri cakap e-hailing tu bawa pergi tempa lain, tak bawa datang ke tempat saya... pemandu tu ronda tempat-tempat yang sunyi, lorong-lorong gelap.

“Lepas isteri call, pemandu tu mula takut dan berhentikan kereta. Kemudian isteri saya berlari ke tempat orang ramai,” ujarnya kepada mStar.

Tambah Tajul, selepas kejadiaan tersebut dia tidak lagi membenarkan isterinya menggunakan khidmat e-hailling.

“Lepas kejadian itu memang saya tak bagi isteri guna e-hailing dan terus belikan kereta baharu untuk dia,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Tajul, E Hailing, Trauma, Isteri Tajul,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi