suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Da'i Farhan harap wanita dulu bertudung kini ‘free hair’ diberi hidayah, kembali ke pangkal jalan

PENDAKWAH BEBAS, Da’i Farhan mendoakan wanita yang dahulu pernah bertudung dan kini menanggalkan hijab agar kembali semula ke pangkal jalan.

Menurut Da’i Farhan atau nama sebenar Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad, bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk umat Islam muhasabah diri memperbaiki kekurangan diri.

"Mudah-mudahan diberikan hidayah semua sekalilah... (nasihat) ini kepada sesiapa sahaja untuk kembali ke pangkal jalan dan berada dalam rahmat Allah.

"InsyaAllah... Allah maha pengampun, saya sendiri pun ada kekurangan semoga kita semua diampunkan dosa.

"Kita jadikan bulan ramadan sebagai madrasah tarbiyah untuk didik diri kita jadi lebih baik," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Da’i Farhan turut meluahkan rasa syukur kerana Ramadan kali ini kita semua dapat melakukan ibadah dan aktiviti di masjid selepas dua tahun kekangan akibat pandemik Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi