suria

Zed Zaidi pelik produksi tak tahu garis panduan atau sengaja kejar rating? - “Saya desak permohonan maaf mereka”

KESALAHAN dan kecaman akibat terlepas cakap berkaitan isu rogol di sebuah program televisyen tidak sepatutnya dituding hanya kepada pelakon Fauzi Nawawi semata-mata.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, pihak penerbit dan produksi program perlu memikul tanggungjawab berkenaan.

“Tindakan dia memang salah namun kecaman dan hentaman tersebut tidak sepatutnya dipikul oleh pelakon dan hos tersebut.

ARTIKEL BERKENAAN: Netizen terkejut Fauzi Nawawi tergamak cerita babak panas malukan Raja Farah - “Maaf... salah saya bersembang tak control, terlepas cakap”

“Saya akan mendesak pihak produksi tersebut untuk tampil mohon maaf sebab ini program mereka, sepatutnya mereka peka dan sensitif dengan kandungan tersebut.

“Kalau rancangan siaran langsung pun kita boleh tapi apatah lagi yang rakaman ni? Jangan fikirkan kepentingan diri sendiri demi mengejar rating,

ujarnya kepada mStar,

Dalam pada itu, Zed berkata, dia akan membawa perkara itu ke peringkat lebih tinggi agar pemantauan terhadap garis paduan dibuat dengan lebih tegas.

“Kita akan desak mereka buat permohonan maaf dan jika perkara ini tidak berlaku kita akan bawa ke peringkat lebih tinggi supaya garis panduan, penguatkuasaan dan pemantauan dapat dibuat lebih tegas.

“Kalau tak buat sampai bila-bila mereka rasa mereka hebat, walaupun mengaibkan orang, isu rogol boleh lepas macam itu. Kau menggalakkan orang buat perkara macam tu,” ujarnya.

Sementara itu, Zed juga mengingatkan semua artis lebih berhati-hati dan berfikir tentang etika komunikasi sebelum bercakap di khalayak atau media.

“Ini menjadi satu pengajaran kepada artis-artis agar lebih berhati-hati bercakap kepada media, peminat, masyarakat atau media sosial. Mereka perlu fikir tentang etika komunikasi supaya tak mengaibkan orang lain dan mencetuskan perbalahan,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi