suria

“No way nak pacak tripod buat live tunjuk saya sembahyang!” - Zul Ariffin tak suka tayang hal ibadah, simpan untuk diri sendiri

SEJAK akhir-akhir ini, boleh dikatakan ramai selebriti yang mula berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti pelbagai aktiviti dakwah.

Namun Zul Ariffin atau Zulkifli Ariffin, 35, berkata dia bukan pengikut jemaah tabligh seperti yang disangka ramai pihak.

Menurut pelakon Penunggang Agama 2 itu, dia hanya bertemu dengan personaliti dakwah iaitu Ebit Lew bagi mengikuti program keagamaan.

“To be honest saya tak join jemaah tabligh, saya tak pernah join jemaah tabligh.

“Saya pergi dengan Ebit Liew je, I think he nice, dia layan tetamu nice, team dia baik layan orang dan penuh sopan santun,

“That one I appreciate the most, other than that macam-macam karakter because dia pun sedang hadapi ujian,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi