suria

PU Syed tiada niat tutup ‘periuk nasi’ Kak KM - “Saya tak kata perniagaan dia haram, cuma gaya iklan tidak dibenarkan syarak”

SUSULAN isu teguran kepada Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM, PU Syed tampil memberi maklum balas kepada usahawan kontroversi tersebut.

Menurut PU Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 39, segala teguran yang dilakukannya itu selari dengan perintah Allah agar manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Bukan saya ambil kerja Tuhan tapi perintah tuhan, perintah Allah SWT.

“Tugas kita sebagai manusia ada dua iaitu mengajak berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini tugas kita semua, bukan tugas ustaz atau tok imam sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, PU Syed berkata dia sedia untuk bersemuka dengan Kak KM jika itu yang diinginkan usahawan tersebut.

“Ramai netizen mempersetujui teguran kami ini, maksudnya netizen pun tahu ini perkara betul ini perkara salah.

“Jadi kalau Kak KM nak jumpa, saya boleh silakan. Kita boleh jumpa InsyaAllah.” Ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi