suria

Dulu beria nak kahwin Vida, kini Iqbal sudah tawar hati - “Saya tak akan bahagia berada dalam keluarga dia”

USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli berkata rancangan dia untuk berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada hujung tahun ini dibatalkan.

Nekad dengan keputusan itu, Iqbal, 27, meluahkan bahawa dia sudah tawar hati dan memilih untuk tidak meneruskan rancangan untuk berkahwin dengan Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Vida, 49.

“Tak jadilah, saya dah tekad... saya akan bawa diri sekejap sementara untuk alihkan pemerhatian saya di sini.

“Saya tak nak berfikir lagi, jadi saya bagitahu secara jelas pada Datuk Seri Vida perkahwinan kita tidak jadi sebab saya tak akan bahagian berada dalam keluarga dia,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi