suria

Penyakit hasad dengki menebal, bakat melukis anak Sharifah Shahirah diperlekeh - “Jangan sakitkan hati orang, saya bangga dengan dia”

BANGGA dengan bakat melukis yang dimiliki anaknya, penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah tampil berkongsi hasil seni remaja itu melalui Instagram.

Akui terkejut, Sharifah Shahirah yang mesra disapa Shiera berkata sebelum ini anak perempuannya yang bernama Airra Zulkifli, 14, tidak pernah menunjukkan minat dalam seni lukis.

Namun tanpa disangka, remaja berkenaan mampu menghasilkan kerja seni dengan baik walaupun tidak pernah mengikuti kelas lukisan dan sebagainya.

“Kalau nak kata melukis dari kecil... tak nampak, baru-baru ini je saya nampak dia melukis. Tapi perangai dia bukan macam orang biasa.

“Dia bukan macam anak-anak lain yang ceria, dia sangat senyap, pendiam dan suka tengok je,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen nampak 'baby bump', Sharifah Shahirah disangka hamil lagi! - “Korang tak pernah tengok perut buncit ke?”

Dalam pada itu, tindakannya berkongsi video hasil lukisan anaknya turut mendapat sindiran netizen yang menyifatkan hasil seni itu adalah biasa.

“Saya share hasil anak melukis ni pun kecoh, ada yang cakap sebab artis je sebab tu orang like banyak, anak orang lain pandai juga melukis.

“Mungkin orang tu ramai anak dia boleh melukis, saya memang luar biasa... saya memang bangga tengok hasil lukisan dia.

“Jadi kalau anda rasa itu biasa terpulang kepada anda, pendapat masing-masing. Tapi saya memang bangga... jadi jangan menyakitkan hati orang lain dah la,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi