suria

Zynakal bimbang penyakit mental datang semula selepas berhenti makan ubat

PERNAH berdepan masalah Bipolar Mania dua tahun lalu, Zynakal berkata keadaan mentalnya semakin pulih.

Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq, 23, berkata, dia kini sudah berhenti mengambil ubat kerana beranggapan dirinya sudah sihat semula.

Bagaimanapun, dia tidak menolak tindakannya itu akan memberi kesan buruk apabila penyakit itu berkemungkinan datang semula.

”Alhamdulillah saya sihat dan semakin berisi dah.

"Saya dah mula berhenti makan ubat, beri sedikit kesan apabila penyakit tu datang semula.

Sebab sebelum ni saya rasa dah ok, dah selesa dan tak perlu bergantung pada ubat, ” ujarnya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Zyn berkata, raya tahun ini kali pertama menyambut hari raya dalam suasana pilu tanpa ibu tersayang.

Ibunya, Allahyarham Zuraifah Ibrahim meninggal dunia pad September lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

“Sekarang kan PKP payah sikit nak buat persiapan raya, ini adalah tahun pertama saya beraya tanpa mak saya, lain lah rasa bila tiada seorang yang sepatutnya ada.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi