suria

Giliran Zed Zaidi pula kena ‘bantai’, kritik drama Nur ikut sedap mulut - “Kau pun tak tengok drama aku, siapa kau?”

PENGARAH drama Nur Shahrulezad Mohameddin berkata, dia terpaksa tampil membidas kenyataan Zed Zaidi bagi menjaga hati peminat naskhah popular tersebut.

Ujar Shahrulezad, drama Nur mempunyai pengikut yang besar sejak ia mula ditayangkan pada tahun 2018.

“Saya tak rasa sakit hati atau tersinggung tapi saya kena jaga hati peminat drama Nur.

“Suka atau tidak, pengikut drama Nur sangat besar. Jadi apabila Zed berkata drama Nur tiada kualiti, syok sendiri yang saya fikir sekarang ini adalah peminat!” ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya, dia tidak kisah jika Zed Zaidi mengkritik dramanya daripada skop perfileman dan teknikal namun terkejut apabila mengeluarkan kenyataan drama syok sendiri.

“Kau tak tengok drama aku, kau nak cerita macam-macam fasal drama aku... who the hell are you!

“Sebagai presiden (Seniman) daripada Malaysia, kau rendah-rendahkan drama baru nak berjinak-jinak di luar negara, yang sakit bukan saya seorang je tapi peminat!” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi