suria

Jaafar Onn penat berlakon jadi lelaki lembut dalam drama Single Terlalu Lama - “Mereka suruh jadi diri sendiri!”

HASIL arahan pelakon utama iaitu Ungku Ismail Aziz, drama Single Terlalu Lama sudahpun bersiaran di slot Drama Pukul 6 di TV3.

Menurut Ungku, drama ini menceritakan kisah perjalanan seorang lelaki yang ingin mencari cinta sejatinya namun terpaksa melalui pelbagai halangan.

“Cerita ini adalah journey untuk seorang itu dating dengan bermacam-macam jenis perempuan. Macam-macam hal dia jumpa tapi cinta dia hanya satu iaitu perempuan yang dia kenal sewaktu sekolah rendah dulu, ” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Uchee Fukada yang popular dengan watak uniknya tampil membawa watak seorang punker menerusi drama ini.

“Untuk drama ini saya memegang watak Halena sebagai seorang punker sejati, nampak lain sikit tapi saya memang suka bawa watak yang pelik-pelik, ” katanya kepada mStar.

Drama Single Terlalu Lama ditayangkan di slot Drama Pukul 6 setiap Isnin hingga Khamis pukul 6 petang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tajuk Drama: Single Terlalu Lama

Produksi: Radius One Sdn Bhd

Tarikh tayangan: 29 April 2021

Waktu siaran: Isnin - Khamis, 6:00 petang, Slot Drama Pukul 6

Penulis skrip: Ungku Ismail Aziz

Pengarah: Ungku Ismail Aziz

Pelakon: Ungku Ismail Aziz, Julia Farhana Marin, Riz Amin, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Dayana Roza, Lia Natalia, Azar Azmi, Noorkhiriah, Zila Bakarin, Uchee Fukada, Norman Hakim

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi