suria

Siapa Nadhir Nasar tiba-tiba jadi kegilaan gadis? Watak Hilmi Projek Anchor SPM bikin ramai tak keruan...

LAKONAN Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar menerusi drama Projek Anchor SPM nyata membuka mata ramai pihak.

Rata-rata penonton memuji dan menganggap watak Hilmi Zulkarnain yang dilakonkannya cukup berkesan.

“Sebelum ni saya hanya memegang watak sampingan je.

“Projek Anchor SPM adalah drama saya yang ketiga dan Alhamdulillah ia jadi hits, ” ujarnya kepada mStar.

Kata Nadhir, pengarah dan barisan pelakon banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar terhadap lakonannya.

“Of course Anwari Ashraf sebagai pengarah banyak beri tunjuk ajar.

“Pelakon lain pun banyak membantu, dan chemistry antara kami memang sangat akrab, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi