suria

Mas Idayu dan Ziana Zain buat kecoh dalam ‘Kampung Kolestrol’ - “Mana nak cari madu hidup bahagia jadi ketua kampung!”

MEMANG pecah perut! Itu antara komen penonton drama komedi Kampung Kolestrol yang sudah bersiaran melalui slot Diandra di TV9.

Drama arahan Shuhaimi Lua ini dibarisi pelakon dan penyanyi hebat antaranya Mas Idayu, Ziana Zain, Rusdi Ramli, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.

Menurut Mas Idayu, dia menerima tawaran ini selepas dipujuk oleh pihak produksi dan mengetahui drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua.

“Cerita dia memang mereka pujuk saya, meraka nak sangat saya berlakon dalam drama ini dan saya tahu pengarahnya adalah Shuhaimi Lua.

“Saya pernah bekerja dengan Shuhaimi dan dia sangat terbuka, apa sahaja yang kita nak buat dia akan bagi asal jangan keluar mencarut sudahlah, ” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shuhaimi selaku pengarah drama mengakui terkejut dengan kehebatan lakonan barisan pelakon drama ini.

“Alhamdulillah saya nampak pelakon semua profesional, sampaikan ada satu-satu babak itu saya terkejut apa yang dipamerkan kepada saya.

“Lakonan yang ditunjukkan kepada saya memang hebat, memang cukup dahsyat, ” katanya.

Drama Kampung Kolestrol ditayangkan di slot Diandra TV9 setiap Isnin hingga Rabu pukul 8:30 malam.

Tajuk Drama: Kampung Kolestrol

Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd

Tarikh tayangan: 20 April 2021

Waktu siaran: Isnin - Rabu, 8:30 malam, Slot Diandra TV9

Idea asal: Irdeena Nur Humaira

Penulis skrip: MF Kencana

Pengarah: Shuhaimi Lua

Pelakon: Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, Rusdi Ramli, Sufian Suhaimi, Ryry Ryun, Afifah Nasir, Razzuan Rosli, Anne Abdullah, Norlie, Ieda Moin, Khaty Azian, Dalimawati, Siti Saerah, Ifa Raziah, Ani Maiyuni, Sazrin Aizul, Lana Nodin, Herman Tino

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi