suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya masih single, kalau nak try boleh DM” - Iman Troye

BERGELAR seorang penyanyi tidak membantutkan penyanyi Iman Troye untuk menyambung pengajiannya ke peringkat Universiti.

Ujar Iman yang kini bergelar pelajar jurusan muzik di UiTM, Shah Alam, dia teringin untuk hadir belajar di kampus seperti yang dilalui pelajar lain namun akur dengan situasi pendemik Covid-19 yang memerlukannya untuk belajar secara atas talian.

“Belajar online bosan tau! Feel dia tak ada, kadang-kadang bangun pagi tu macam... ala kelas lagi 5 minit, boleh tidur kejar.

“Tapi walau bagaimanapun tetap kena datang kelas, jangan miss... jangan nanti kalau final baru cari semua, ” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Iman, 19, menegaskan hubungannya rapat bersama Naim Daniel hanya sekadar abang dan adik sahaja.

Penyanyi lagu Teman ini berkata, dia belum bersedia untuk bercinta dan mensasarkan kahwin pada usia 30 tahun.

“Naim Daniel tu memang abang ya, jangan macam-macam... memang abang! So far memang saya single, so kalau nak try boleh DM” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Iman Troye, Teman, Kahwin, Artis Sensasi,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi