suria

Makan hati tengok bentuk badan Scha Alyahya, baru habis pantang perut dah ‘flat’! - “Saya amalkan menyusu badan”

PELAKON dan pengacara Scha Alyahya memberitahu dia tidak mempunyai rahsia tertentu bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal selepas melahirkan anak kedua pada 12 Februari lalu.

Ujar Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 38, dia mengamalkan pemakanan yang sihat selepas berpantang.

“Mungkin sebab saya tinggi, jadi orang nampak kurus, tapi sebenarnya bahagian seperti perut nampak lagi sebab kita manusia biasa.

“Memang saya dah dapat berat badan yang dulu, dan mungkin sebab saya breastfeeding. Tapi apa yang penting adalah fokus kepada kesihatan dulu, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Lara Alana dah jadi kakak! Scha Alyahya dan Awal Ashaari timang anak perempuan kedua - “Welcome to the world Baby L”

Scha ditemui di majlis The Rising Star, Meeracle yang berlangsung di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Scha mengakui sudah mula mendapat tawaran berlakon namun masih tidak bersedia untuk bekerja.

“Saya ada mendapat tawaran dan soalan pertama pengarah adalah ready ke tidak? Jadi itu yang saya pertimbangkan sekarang ini.

“Mungkin belum lagi kot untuk berlakon sebab Lyla kecil lagi, sekarang ini saya menyusukan dia, ” katanya.

Scha yang berkahwin dengan pengacara Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 7, dan Lyla Amina yang kini berusia 43 hari.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi