suria

Instafamous sanggup ‘sauk’ tawaran berlakon walaupun gaji rendah? Rupa-rupanya ‘manager’ uruskan harga...

PELAKON baharu Hariz Hamdan memberitahu dia tidak terkesan dengan isu dakwaan instafamous sepertinya mempunyai masalah disiplin ketika di set penggambaran.

Ujar Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 19, dia menceburi bidang lakonan kerana minat dan bukannya mengejar populariti semata-mata.

“Isu instafamous menjadi pelakon... itu soal rezeki. Saya pun percaya kepada rezeki.

“Setiap orang dapat peluang untuk berlakon cuma apabila kita berlakon kena letakkan 100 peratus kesungguhan dalam lakonan, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah bingung ramai ‘Instafamous’ dah jadi pelakon - “Stesen TV semakin tiada bajet sebab Covid-19 ke?”

Isu ini mula timbul apabila pelakon Izara Aishah mempersoalkan tindakan stesen TV lebih memilih instafamous disebabkan bayaran lebih murah.

Dalam pada itu, Hariz bersyukur mempunyai pengurus yang tegas serta sering memberi nasihat agar menjadi lebih berdiplin.

“Alhamdulillah saya dapat pengurus yang bagus, dia ajar saya untuk tidak main telefon di set dan sentiasa kena baik dengan orang, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi