suria

“Saya pun tak nak kontroversi” - Aiman Tino yakin ada hikmah tersendiri

PENYANYI Aiman Tino memberitahu dia bukan sengaja mencipta kontroversi yang mengaitkan namanya untuk kekal releven dalam industri.

Ujar Aiman atau nama sebenar Muhammad Aiman Yusri, dia mengambil setiap yang terjadi secara positif dan menganggap setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri.

“Kontroversi ini sebenarnya saya pun tak nak, saya tak minta benda ini dan yang terjadi semuanya sudah tertulis... mungkin ada hikmah benda ni jadi dan saya mengambilnya sebagai pengajaran.

“Saya tidak ke arah negatif. Saya tidak berasa terasing dan anggap benda ini adalah rezeki, ” katanya kepada mStar.

Sepanjang tahun 2019, Aiman dikaitkan dengan kontroversi video tidak senonoh yang dikatakan mirip wajahnya dan pada Januari lalu Aiman didakwa mempunyai masalah dengan ibunya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Aiman Tino, Artis Kontroversi,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi