suria

Ali Puteh asyik terbayang wajah arwah Abam di pentas Muzikal Lawak Superstar - “Abang... kalau kau ada lagi best!”

WALAUPUN sudah lebih setahun pemergian Allahyarham Abam Bocey, kehilangannya masih meninggalkan kesan yang mendalam kepada adiknya iaitu Ali Puteh.

Kata Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, sepanjang program Muzikal Lawak Superstar yang baru melabuhkan tirai minggu lalu, dia sentiasa terbayang-bayang kenangannya bersama arwah.

“Secara zahirnya saya masih teringat dengan arwah Abam, sebab ini kali pertama dia tak ada dalam pertandingan.

“Selalunya di belakang pentas kita akan berpeluk, dia akan bagi kata-kata semangat sebelum mulakan persembahan.

“Tapi kali ni pula lain, saya toleh kiri kanan terbayang kelibat dia, ” katanya kepada mStar.

Pada 8 April lalu kumpulan Viral yang dianggotai Ali Puteh, Mamak Puteh dan Roy Azman diumum sebagai pemenang tempat ketiga dalam program Muzikal Lawak Superstar musim kedua.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi