suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendakwah bimbang masalah bipolar Janna Nick, ajar kaedah tenangkan jiwa - “Bukan sekadar suruh dia solat atau baca al-Quran”

PENDAKWAH bebas Da’i Ahmad Fuad Mokhtar memandang serius masalah bipolar yang dihidapi pelakon Janna Nick.

Ujar beliau, aktres itu perlukan seseorang yang mampu memimpin rohaninya agar ia kembali pulih dan tenang.

“Janna memerlukan seorang pendengar yang baik dan seseorang yang boleh memimpin kerohaniannya.

“Memimpin kerohanian ni bukan sekadar minta dia buat untuk tenangkan hati... bukan suruh dia solat atau baca al-Quran.

“Tapi bantu dia untuk hentikan sekejap minda dia dan meletakkan jiwa dalam merawat menggunakan al-Quran, ” katanya kepada mStar.

Terdahulu Janna berkongsi di Instagram dia merupakan penghidap bipolar dan pernah membuat cubaan membunuh diri pada usia remaja.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi