suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak semua perempuan seksi murah nak disentuh!” - Instafamous bergambar dengan PU Amin terkejut dituduh ‘jual’ tubuh

PENYESALAN personaliti media sosial Nadira Isaac berhubung tindakannya memuat naik foto bersama Pencetus Ummah (PU) Amin dengan berpakaian seksi nampaknya belum berjaya menutup kemarahan segelintir pihak.

Susulan kekecohan itu, Nadira, 21, berkata dia menerima banyak mesej kecaman dan berbaur fitnah dengan mendakwa dia melakukan pekerjaan yang tidak senonoh bagi menampung hidup.

“Besar ujian saya di bulan Ramadan ni... difitnah apabila orang cakap saya jual badan.

“Sebenarnya saya mula berniaga sejak tamat sekolah hingga ada produk sendiri. Jadi dakwaan kata saya jual badan adalah tidak benar.

“Jangan ingat semua perempuan seksi murah untuk disentuh!” katanya kepada mStar.

Sebelum ini tular di laman media sosial apabila Nadira memuat naik gambar bersama PU Amin dalam keadaan seksi ketika menjemput pendakwah itu ke majlisnya.

Nadira akhirnya bertindak memadam foto berkenaan bagi mengelak daripada isu itu terus berpanjangan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi