suria

“Saya jadi takut nak bergambar” - PU Amin serik, lebih hati-hati pilih ‘job’

SELEPAS foto bersama instafamous seksi menjadi tular di media sosial, Pencetus Ummah (PU) Amin mengakui lebih berhati-hati untuk menerima jemputan.

Menurut pendakwah bebas itu, perkara yang terjadi menjadi satu pengajaran buat dirinya dan para pendakwah lain untuk berjaga-jaga agar tidak mencetuskan fitnah.

“Lepas majlis itu ada banyak jemputan event berbuka puasa, saya dah takut nak pergi.

“Nak bergambar pun dah takut sebab tu saya pakai mask macam sekarang ni, selain menjaga SOP saya jaga diri saya, ” ujarnya kepada mStar

Kata PU Amin, ramai pihak penganjur yang suka menjemput pendakwah untuk menghadiri majlis tetapi akhirnya menjadi bahan untuk dikecam netizen.

“Banyak program sekarang ni apa-apa je nak jemput pendakwah, penyudahnya mereka yang kena teruk.

“Apa-apa pun kalau boleh kita berjaga-jaga lah atas setiap jemputan yang datang, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

PU Amin, pendakwah bebas, elak fitnah


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi