suria

Isma Sane terpaksa ‘jual’ kisah peribadi demi nak popular - “Bekas kekasih curang dengan kawan baik sendiri!”

PENYANYI Isma Sane mengakui dia masih belum dikenali walaupun lagunya berjudul Derita pernah menjadi siulan ramai.

“Waktu keluar single pertama saya masih belajar dan family suruh fokus kepada pelajaran, jadi untuk buat promosi pertama memang tak banyak.

“Kat media sosial pun saya tak berapa nak fokus sangat, banyak senyap mungkin disebabkan itulah saya tidak dikenali ramai, ” katanya kepada mStar.

Sementara itu Isma berkata dia akan tampil dengan single terbaharu bertajuk Sepi yang berkisar tentang kisah peribanya.

“Lagu Sepi ni berkisar tentang cinta terlarang, kisah saya sendiri.

“Semasa bercinta ketika belajar... saya pernah ditinggalkan dan dicurangi oleh kawan baik saya sendiri, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi