suria

“Kalau aku tak kerja, mak aku nak makan apa?” - Ali Puteh tak jadi undur diri, kembali aktif sertai Muzikal Lawak Superstar

SEBELUM ini pelawak Ali Puteh pernah mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni selepas berdepan pelbagai kontroversi.

Kini dia kembali menjadi perbualan netizen apabila dia kembali aktif dan muncul di pentas Muzikal Lawak Superstar.

“Sebelum ni memang saya ada cakap, sekiranya saya tidak diperlukan dalam industri ni saya sendiri akan undur diri.

“Tapi masa demi masa saya memikirkan benda yang orang kata, dan saya tidak memikirkan orang yang menyokong.

“Apabila saya duduk dengan mak, saya pandang muka mak. Abang (Abam) dah tiada, jadi tanggungjawab jatuh kepada saya. Kalau aku tak kerja mak aku nak makan apa?” ujarnya.

“Untuk muzikal lawak superstar kali ni saya rasa berlainan sikit, saya rasa agak janggal, sebab tahun lepas bersama dengan arwah abam.

“Bila tengok stage, ye abang aku dah tak ada, selalu kalau kitorang nak naik pentas kitorang akan peluk dulu

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi