suria

Nabil Ahmad elak jadi sasaran SPRM, berniaga guna hasil bersih - “Kena ambil tahu sumber kewangan”

PENGACARA Nabil Ahmad memberitahu dia akan mengambil tahu setiap butiran perniagaan yang diusahakannya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Ujar Nabil, sebagai individu yang aktif melakukan perniagaan, dia akan mengelak untuk terlibat dengan perkara yang boleh mendatangkan masalah hingga diragui pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita kena sentiasa ambil tahu hal dalam perniagaan, sumber daripada mana sebab kalau kita boleh elak... kita elak la daripada terkena ujian SPRM dan sebagainya.

“Apa-apa pun, terus terang saya cakap ujian tu tetap akan datang. Walaupun duit berkat, duit bersih ujian itu memang akan ada, ” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka tak faham... berapa ramai pekerja belakang tabir nak sara keluarga” - Isu boikot program hiburan, Nabil Ahmad minta netizen fikir secara matang

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi