suria

“Saya bukan gold digger” – Aniq Suhair nak 'move on' daripada gosip bercinta dengan Cik B

PELAKON baharu Aniq Suhair mengakui menerima pelbagai komen negatif selepas dikaitkan dengan selebriti media sosial Cik B.

Ujar Aniq, 21, dia sedar netizen sudah maklum kisah cinta dia dan Cik B adalah sekadar gimik drama Lelaki Lingkungan Cinta namun tidak menyangka ada juga individu yang menuduhnya ingin menumpang kekayaan Cik B yang juga anak usahawan terkenal Datuk Seri Vida.

“Banyak komen negatif sebab Cik B baru saja 15 tahun, ramai yang tahu benda itu hanya gimik. Sepatutnya mereka tidak perlu cakap saya buat benda ini sebab memang suka duit Cik B, saya 'gold digger' dan nak harta dia... No! It is not!

“Kita sudah masuk 2021, benda itu sudah dua bulan lepas kalau boleh tiada lagi isu saya dan Cik B sebab kami hanya berkawan rapat, tiada benda yang serius antara kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair mengaku rapat dengan anak Datuk Vida... seronok borak macam-macam topik - “Cik B gadis sweet dan sopan santun”

Aniq ditemui di majlis pelancaran dan doa selamat filem Banglo Seksyen 12 di Damansara Damai, Petaling Jaya pada Jumaat.

Sementara itu, Aniq teruja dengan permulaan tahun 2021 apabila ditawarkan untuk berlakon filem arahan Intan Ladyana.

“Alhamdulillah, saya start tahun baru ini dengan satu filem dan ini filem pertama saya, saya rasa berbangga apabila pihak produksi pilih saya sebagai salah satu watak penting dalam filem ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi