suria

Muncul juara LCK2, Nadeera dan Khareez dalam proses kenal hati budi - “Strugle 8 minggu cari keserasian”

PROGRAM Lagu Cinta Kita 2 akhirnya melabuhkan tirai selepas lapan minggu bersiaran.

Pentas akhir menyaksikan pasangan Khareez dan Nadeera muncul sebagai juara untuk musim kedua.

“Alhamdulillah saya memang tak jangka akan ada kemengangan buat kitorang berdua.

“Sebenarnya kitorang banyak sangan struggle selama lapan minggu mencari keserasian dan akhirnya kami menjadi juara.

“Terima kasih banyak kepada semua orang sebab sokong kami sampai ke tahap ni, ” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, mereka akui suka antara satu sama lain tapi masih lagi dalam proses mengenal hati budi masing-masing dan tiada perancangan serius untuk ada hubungan lebih jauh.

“ Saya suka Nadeera sebab tak pernah rasa kekok lepak dengan dia ataupun ketika bekerja tak pernah rasa tak suka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi