suria

“Kalau tak nak tengok, jangan beli TV… simple” - Zul Ariffin naik rimas kerap dikritik beraksi manja dengan pelakon wanita

AKSI romantis Zul Ariffin bersama pelakon Ruhainies di set penggambaran drama bersiri Wifi Sebelah Rumah menjadi bualan netizen.

Bagaimanapun menurut Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 34, kemesraan yang wujud antara mereka disebabkan keserasian yang timbul.

"Sebenarnya benda ini sensitif tapi kalau anda tak nak tengok, jangan ada TV lah.. itu komen ringkas yang saya boleh bagi.

"Sebagai seorang Muslim, kalau awak tengok perempuan pakai skirt dalam TV pun... it's bad to see, apa entah lagi babak pegang-pegang, jadi jangan ada televisyen!

"Saya tahu komen ini kedengaran agak kasar, tapi saya hanya menjalankan tugas (sebagai seorang pelakon) dan ini hanya pendapat saya sahaja," katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi