suria

Aniq Suhair mengaku rapat dengan anak Datuk Vida... seronok borak macam-macam topik - “Cik B gadis sweet dan sopan santun”

Aniq dan Cik B hanya berkawan rapat dan tiada sebarang hubungan cinta.

DIGOSIPKAN mempunyai hubungan cinta dengan anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B, pelakon baharu Aniq Suhair mengakui hubungan mereka mula rapat sejak bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta.

Menurut Aniq atau nama sebenar Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 20, dia selesa berkawan baik dengan Cik B kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh gadis berusia 15 tahun itu.

"Kami mula kenal dan berkawan sejak penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta. Memandangkan kami banyak babak bersama, jadi daripada situlah kami mula berkawan rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Finalis Hero Remaja, Aniq Suhair yakin tak pernah buat perkara tak senonoh - “Sebelum masuk dunia hiburan, kena bersedia dari segi mental dan fizikal”

"Walaupun Cik B nampak pendiam tapi sebenarnya di set penggambaran dia suka bergurau! Contohnya dia pick up line dan saya pun suka berbalas pick up line dengan dia.

"Sejujurnya saya selesa berkawan dengan Cik B kerana dia seorang gadis yang sweet, baik hati, sopan santun dan mudah bergaul," katanya kepada mStar.



Cik B kongsi foto dan video bersama Aniq di laman sosial.

Sebelum ini, timbul gosip kononnya Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas finalis program Hero Remaja 2020 ini.

Menerusi laman Twitter, Cik B memuat naik status memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa keping gambar dan video bersama Aniq.

Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius tentang perkara ini sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan.

ANIQ SUHAIR

PELAKON

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mengesahkan status hubungan mereka.

Menjelaskan situasi sebenar, Aniq meminta peminat tidak mengambil serius mengenai perkongsian mereka di laman sosial dan menganggap ia hanyalah gurauan sesama teman.



Aniq dan Cik B suka bergurau di laman sosial.

"Saya harap orang luar tidak melihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini.

"Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius tentang perkara ini sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan.

"Sejujurnya kami memang selalu bergurau dan berborak macam-macam topik antaranya tentang perniagaan, permainan video dan koleksi kasut, ” katanya.

Episod akhir Lelaki Lingkungan Cinta akan ditayangkan di TV3 pada pukul 9 malam, Rabu.

Selain Aniq dan Cik B, drama ini turut dibintangi oleh Naim Daniel, Ismail Izzani, Shasha Abedul, dan Shalma Eliana.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan