suria

“Kali ni aku tak berhenti… aku nak nyanyi sampai penat!” - Nomad janji tak merajuk selepas tersingkir Gegar Vaganza

TERSINGKIR DI minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim ketujuh, penyanyi Nomad meletakkan kesalahan persembahan Ahad lalu pada dirinya dan enggan mengaitkan pihak lain.

Namun Nomad berkata semasa menyampaikan lagu Kasih Latifah, skrin paparan lirik di hadapannya terpadam secara tiba-tiba.

“Kalau boleh saya tak nak sentuh bab teknikal sebab sebagai penyanyi kita kena terima keadaan yang baik atau yang kurang baik.

“Paparan lirik terpadam adalah normal dan benda itu adalah di luar jangkaan kita.

“Untuk saya, itu kali pertama berhadapan dengan keadaan begitu. Untuk cari balik 'register line' agar saya boleh masuk tu agak sukar bagi saya, ” ujarnya kepada mStar.

Tambahnya, walaupun tersingkir daripada Gegar Vaganza, dia tidak akan terus mengalah dan berazam untuk kekal berada dalam industri nyanyian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi