suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siapa hantar sihir kepada Sheikh Baseer? Timbul rasa benci terhadap keluarga - “Saya tak makan apa yang mak masak!”

MISTERI kehilangan penyanyi yang juga peserta Ceria Megastar Sheikh Baseer terjawab apabila dia mengakui terkena sihir.

Ujar Baseer, 18, gangguan itu membuatkan dia sering tidak sedar dengan situasi semasa.

“Sepanjang saya kena sihir tu macam-macam jadi, sampai saya lupa apa yang saya dah buat.

“Apabila balik rumah saya tak suka tengok muka family dan saya hanya duduk dalam bilik, ada satu masa tu saya duduk dalam almari, ” katanya kepada mStar.

Tambahnya, selepas menyertai program Ceria Megastar dia terus tidak tahu apa yang berlaku dan bersyukur kerana ibunya berjaya menjejakinya di Kuala Lumpur.

“Emak saya datang daripada Johor ke Kuala Lumpur semata-mata nak cari saya sebab kami tidak berhubung langsung.

“Kini saya memang nak tebus balik apa yang dah saya ketinggalan sepanjang dua tahun disihir, ” katanya.

Dalam perkembangan lain, Baseer kini tampil menerusi lagu Sudahlah dan bakal melancarkan single Mama sedikit masa lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi