Usia makin lanjut, Saiful Apek tapis sertai 'program terkinja-kinja' - Video | mStar

Usia makin lanjut, Saiful Apek tapis sertai 'program terkinja-kinja'

PELAWAK Saiful Apek mengakui semakin selesa mendekatkan diri dengan program-program motivasi dan dakwah yang boleh membawa kebaikan dan manfaat.

Jelas Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, kematangan usia menjadikan dia memilih untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk para peminat sama ada secara langsung atau menerusi media sosial.

"Media sosial adalah platform yang dekat dengan orang ramai, jadi saya gunakannya sebaik mungkin.

"Kadang-kadang selain mengubat kerinduan peminat, saya selitkan sesuatu yang lebih bermanfaat. Saya dapat rasa keberkatannya apabila berbuat demikian," katanya kepada mStar Online.


Saiful Apek kerap hadiri program agama

Saiful, 49, ditemui pada sidang media Konsert Picnic@PD di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bagaimanapun pelawak yang terkenal dengan tagline 'gitu-gitu' itu berkata dia masih menerima jemputan untuk memeriahkan program hiburan yang tidak keterlaluan.

“Orang mungkin ingat saya 'hijrah', namun bagi saya pengertian hijrah itu seharusnya bermula dari dalam diri sendiri.

"Saya sedang naik taraf diri, tapi pada sama saya tak menjejaskan siapa saya sebelum ini," katanya.

Saiful Apek bakal jadi pengacara Konsert Picnic@PD

Konsert Picnic@PD bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober ini bertempat di PD Waterfront, Port Dickson.

Antara artis yang bakal memeriahkan majlis ialah Datuk M.Nasir, Wany Hasrita, Gerhana Ska Cinta, Datuk Awie, Datuk Hattan, Khalifah dan ramai lagi.

saiful apek

Lebih Artikel