suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terima undangan nyanyian, Umairah tetap utamakan pelajaran tak pernah ponteng sekolah... Fokus SPM tahun depan

PENYANYI remaja Umairah tetap mengutamakan pelajaran meskipun menerima banyak undangan nyanyian.

Kata Umairah, 16, dia menyerahkan kepada pihak pengurusan bagi menyusun jadual persembahan agar ia tidak mengganggu waktu persekolahan.

"Pengurusan yang akan urus dan tengok show tertentu, saya akan minta pelepasan selepas waktu sekolah.

"Setakat ni tak ganggu persekolahan, tak pernah ponteng lagi.

"Walau macam mana pun, saya tetap kena seimbangkan antara akademi dan kerjaya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Umairah memberitahu dia akan memperlahankan karier seni tahun depan kerana mahu memberikan fokus kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi