suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Artis pun ada kuota sosial, Adriana Adnan ulas isu selebriti sombong... Harap netizen Threads lebih chill

PELAKON Adriana Adnan berpendapat orang ramai tidak sepatutnya terlalu cepat melabel seseorang artis sebagai sombong susulan tular perbincangan mengenai perkara itu di aplikasi Threads.

Menurut Adriana, 31, dia memahami setiap individu termasuk selebriti mempunyai masa dan ruang peribadi yang perlu dihormati, lebih-lebih lagi ketika bersama keluarga atau rakan-rakan.

“Fasal isu sombong tak sombong ni, saya faham ada waktu privasi termasuklah pelakon ataupun selebriti sebab mereka pun manusia biasa.

“Mereka juga ada sosial kuota sendiri, tapi mereka tahu bila tengah bekerja dekat acara ataupun dekat set dan sebagainya, mereka memang kena berikan segalanya.

“Tapi kalau dia macam tengah keluar dengan keluarga atau kawan-kawan, kadang-kadang diorang macam nak personal time. Tapi Adriana memang sejenis mudah mesra, saya okay sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Adriana turut mengakui suasana di Threads kini semakin berubah apabila banyak hantaran dipenuhi dengan komen negatif dan kecaman.

Katanya, platform berkenaan pada mulanya menjadi tempat pengguna berkongsi pelbagai informasi dan perkara bermanfaat, namun kini dilihat semakin menyerupai aplikasi X yang sering menjadi medan perdebatan.

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi