PERSONALITI media sosial Ryzal Ibrahim memberikan sokongan penuh buat isterinya iaitu Maryam You Narae untuk mencuba nasib menjadi seorang pelawak.
Menurut Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 33, tidak menyangka isterinya menunjukkan peningkatan sangat baik dalam setiap persembahan di program Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) ini.
“Persembahan dan di rumah lain karakternya. Apabila di rumah, dia (Maryam) isteri saya, dia garang siap kuat merajuk... kelakarnya tu waktu mula-mula kahwin saja.
“Maryam banyak juga bertanya dengan saya selepas habis persembahan dan saya juga ada berikan beberapa contoh komedi yang sesuai untuk buat lawak sebab benda ni sangat baru buat Maryam.
“Keluarga kami sangat sokong apa yang isteri saya buat ini walaupun mak tak faham lawak Maryam tapi masih gelak, keluarga Maryam pun sama sebab orang Korea kan, jadi susah nak faham bahasa tu,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































