suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diganggu ramai peminat fanatik sebelum jadi pelakon, Muhsin Nadzli kini lebih berhati-hati dengan orang luar

PELAKON Muhsin Nadzli mendedahkan dia pernah menerima gangguan daripada seorang peminat fanatiknya sejak dua tahun lalu. 

Berkongsi perkara itu, Muhsin atau Muhsin Hakim Nadzli, 29, menjelaskan insiden itu berlaku sebelum dia bergelar selebriti lagi malah mendakwa wanita berkenaan sering memantau kegiatan hariannya sehingga menganggu privasi.

“Dulu saya pernah terima ganguan paling teruk sebelum jadi artis. Ada seorang wanita ini kerap mesej pelik-pelik, hampir dua tahun. Macam psiko pun ada.

“Dia pernah marah bila saya kongsikan foto bersama wanita lain di media sosial dan paling menakutkan apabila sampai mesej kawan dan pensyarah saya.

“Jadi saya rasa macam tak selamat ketika itu sehingga beri amaran jangan ganggu kalau tidak akan ambil tindakan selanjutnya. Apabila berlaku macam tu, sekarang buatkan saya lebih berjaga-jaga kalau dengan peminat ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi