suria

Kak KM tak peduli ramai kecam aksi merangkak promosi program TV... “Asalkan duit masuk”

DIKECAM gara-gara mempamerkan adegan seksi ketika mempromosikan sebuah rancangan televisyen, usahawan sensasi Kak KM tampil menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk meraih perhatian, sebaliknya hanya mengikut permintaan pihak produksi.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 44, adegan merangkak yang dibuatnya itu juga tidak sepatutnya dianggap sebagai sesuatu yang seksi.

“Itu adalah permintaan stesyen televisyen. Jadi, apa yang dia minta, kita bagilah. Jangan risau semua, teruskan sahaja sokong saya.

“Itu hanyalah kerja. Tiada niat nak guriskan atau tarik perhatian sesiapa. Lagipun saya tidak nampak salahnya, bukannya bogel pun,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi