suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ameer kini tubuh kumpulan nyanyian A.X.P, jawab tuduhan pinggirkan Sofazr

GARA-GARA lebih aktif bersama A.X.P, penyanyi Ameer Sofarz didakwa meminggirkan kumpulan asalnya iaitu Sofazr, sekali gus menimbulkan spekulasi dia sudah melupakan rakan-rakannya yang lain.

Mengulas dakwaan tersebut, Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahyidin, 24, menafikan perkara itu dan menegaskan hubungannya bersama ahli Sofazr masih lagi baik.

“Tiada isu bergaduh sebenarnya selepas menyertai Gegar Vaganza saya lihat banyak kekurangan pada diri, jadi saya sertai kumpulan A.X.P ini untuk perbaiki kembali vokal.

“Hubungan kami masih baik sehingga hari ini, malah ada juga anggota A.X.P pun merupakan Sofazr juga dan tiada masalah antara kami,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ameer menjelaskan punca dia tidak lagi aktif bersama Sofazr sebelum ini adalah kerana memberi keutamaan kepada kerjaya tetapnya dalam bidang perkapalan.

“Saya pernah menyepi sebelum ini sebab bekerja dalam perlabuhan kapal, jadi pekerjaan saya itu memerlukan 24 jam menggunakan telefon. Isu dipinggirkan memang tidak sebab fokus kepada pekerjaan itu,”ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi