suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emma Maembong banyak bantu persiapan majlis… Cat Farish, Shikin jawab salah faham minta ‘sponsor’ kahwin

PENYANYI Cat Farish menafikan dakwaan kononnya dia dan bakal isteri iaitu Shikin Maembong meminta tajaan untuk majlis perkahwinan mereka.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 49, berkata mereka bukanlah meminta tajaan sebaliknya pemberian itu merupakan sumbangan rakan-rakan.

“Sebenarnya bukanlah cari tajaan tapi ini kawan-kawan yang nak beri sebab Cat pernah berkhidmat untuk mereka, jadi mungkin ini salah satu hadiah daripada mereka.

“Orang salah faham bila sebut kahwin saja minta tajaan, kami tak minta pun, malah kami nak beli dan bayar khidmat rakan-rakan tapi mereka pula yang sudi jadikan hadiah kahwin.

“Terus terang cakap, kami sebenarnya nak kahwin dekat masjid saja, nikah dan terus pergi bercuti tapi memandangkan Shikin tak pernah merasai nikmat bersanding, jadi apa salahnya saya tunaikan impian itu,” kata Cat kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi