suria

Neelofa bilang hari bersalin anak kedua, tak mahu dedah wajah bayi di awal kelahiran… Pilih pantang cara kampung

PENGACARA Neelofa memberitahu kandungannya kini sudah memasuki trimester ketiga dan bakal melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Kata Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, kehamilan kali kedua ini lebih dipermudahkan berbanding semasa mengandungkan anak pertama dahulu.

“Saya tengah tunggu masa sahaja untuk melahirkan... InsyaAllah. Saya ambil kesempatan ini untuk memohon sama-sama mendoakan kepada saya dan ibu-ibu yang lain.

“Banyaklah pengalaman dan pengajaran sepanjang kehamilan kedua ini, memang ada perbezaan sebab mengandung sulung dulu banyak perkara yang saya terkejut sikit.

“Tapi kali kedua ini lebih rileks dan Allah mudahkan banyak untuk kehamilan kali kedua ini,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Pencetus Ummah (PU) Riz sempat mengulas isu mahu berpindah ke Mesir untuk menyambung pelajaran di sana.

“Sepatutnya jadi (pindah), pendaftaran saya dah buat tapi sebab sekarang Neelofa sedang mengandung kita tunda,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi